Bersatu tidak takut bincang peralihan kuasa – Marzuki

BEKAS Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan Bersatu berpecah kerana pemimpinnya takut membincangkan peralihan kuasa, sebaliknya mendakwa kem penyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin yang memilih jalan bercanggah dengan Perlembagaan parti.

Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, keputusan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu menamakan Hamzah sebagai Timbalan Presiden sudah pun menunjukkan wujudnya pelan peralihan dalam parti itu.

“Bukan takut bincang peralihan,” katanya di Facebook mengulas kenyataan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zulkifli Bujang yang mendakwa krisis parti itu berpunca daripada kegagalan membincangkan pelan peralihan kepimpinan secara terbuka.

Sebelum itu, Zulkifli mengulas dakwaan Marzuki bahawa Hamzah menggunakan Pas dan UMNO sebagai modal untuk memecah-belahkan Bersatu, sekali gus ingin mengambil alih parti itu daripada Muhyiddin.

Dakwanya, tindakan itu didakwa bertujuan membolehkan Hamzah mendapatkan jawatan Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tanpa perlu melalui pertandingan.

Marzuki juga mendakwa Muhyiddin memujuk Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku penyandang Timbalan Presiden untuk memberi laluan kepada Hamzah pada pemilihan Bersatu, dua tahun lalu.

Muhyiddin dan Hamzah diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden serta Timbalan manakala Faizal mengisi satu daripada tiga kerusi Naib Presiden selain Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Dalam hantaran terbaharu itu, Marzuki mendakwa selepas pemilihan itu mula gerakan serangan terhadap Muhyiddin untuk mendesaknya berundur temasuk dengan mengumpul tandatangan.

“Kalau ikut cara yang betul mengikut Perlembagaan lawan dalam pemilihan parti, adakan EGM untuk bahas usul pecat Presiden dan dapatkan dua pertiga perwakilan yang layak hadir meluluskan usul.

“Bagi mengadakan EGM, dapatkan permintaan bertulis daripada 2/3 ahli Majlis Pimpinan Tertinggi atau permintaan bertulis daripada 1/2 bahagian-bahagian parti dengan syarat bahagian-bahagian tersebut telah meluluskan usul sama,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img