Semua kaunter JIM, UTC tutup Isnin dan Selasa sempena cuti umum

SEMUA kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan ditutup selama dua hari bermula Isnin ini sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Hari Wesak.

JIM dalam hantaran di media sosial memaklumkan, penutupan itu membabitkan semua urusan perkhidmatan di kaunter seluruh negara.

“Semua kaunter akan kembali beroperasi seperti biasa pada 3 Jun 2026 (Rabu),” menurut hantaran itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya merancang urusan perjalanan dan permohonan pasport lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh penutupan berkenaan.

Terdahulu, kerajaan bersetuju memberikan hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Hari Wesak.

Menurut Kementerian Sumber Manusia, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah antara lima hari kelepasan am wajib yang perlu diberikan kepada pekerja oleh majikan sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sambutan Hari Wesak pula, yang jatuh pada Ahad, melayakkan pekerja mendapat cuti gantian pada Selasa selaras dengan peruntukan semasa yang berkuat kuasa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img