IPR guna logo PN: Pemimpin Pas tolak cadangan Muhyiddin

TIMBALAN Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menegaskan hanya anggota sah Perikatan Nasional (PN) dibenarkan bertanding menggunakan logo itu.

Katanya, setakat ini tiada keputusan memperluaskannya kepada parti bawah Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) seperti dicadangkan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk PRN Melaka.

“Isu ni tak pernah dibincang dalam mesyuarat rasmi dan kita hanya benarkan anggota bertanding dengan logo PN. IPR ini bukan anggota PN, jadi macam mana kita nak benarkan? (Mereka) pun tak pernah mohon untuk jadi ahli komponen PN,” katanya lapor FMT.

Semalam, Muhyiddin yang juga Ketua gabungan longgar IPR dipetik berkata parti-parti politik di bawahnya boleh bertanding pada PRN Melaka akan datang menggunakan lambang PN.

Kata bekas Pengerusi PN itu, parti itu boleh berunding dengan sebuah ‘jawatankuasa peringkat PN’ mengenai kerusi yang ingin ditandingi.

Tuan Ibrahim yang jug  Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menafikan kewujudan sebarang jawatankuasa khas seperti digambarkan Muhyiddin.

Sementara itu, Bendahari Agung Pas Datuk Iskandar Samad pula berkata Muhyiddin tidak lagi mempunyai kuasa membuat keputusan berkaitan perkara-perkara seperti penggunaan logo gabungan, memandangkan beliau bukan lagi pengerusi PN.

Iskandar menyifatkan IPR sebagai platform ad hoc yang diwujudkan untuk membincangkan isu-isu tertentu sahaja, malah tidak perlu wujud kerana sudah ada gabungan pembangkang PN.

“Jika Muhyiddin mencadangkan parti-parti di bawah IPR bertanding menggunakan logo PN, lebih baik diberi ruang kepada pasukan Reset (yang diketuai) Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk bertanding menggunakan logo PN.

“Pasukan itu dilihat mempunyai lebih banyak sokongan,” katanya.

Dipimpin oleh Muhyiddin, IPR menghimpunkan 11 parti pembangkang termasuk  PAs, Bersatu, Gerakan, Muda, Berjasa, Pejuang dan Putra.

Parti lain dalam gabungan itu ialah Parti Kemajuan Malaysia (MAP), Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) dan Urimai.

Bagaimanapun, ketiadaan wakil Pas dalam beberapa mesyuarat IPR kebelakangan ini menimbulkan persoalan mengenai sama ada parti itu masih terus terlibat dalam gabungan terbabit.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img