Lima termasuk bayi maut kereta dinaik rempuh batang paip air di Serian

LIMA  individu  termasuk seorang bayi perempuan maut selepas kenderaan dinaiki mereka dipercayai merempuh batang paip air di Jalan Baki Lama-Ensengei, di Serian hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tiga wanita dewasa dan seorang bayi perempuan.

Dalam satu kenyataan jurucakap Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.41 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerahkan ke lokasi.

Kata kenyataan itu, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 9.04 pagi dan mendapati sebuah kenderaan mengalami kerosakan teruk selepas melanggar paip air di tepi jalan.

“Empat mangsa dewasa didapati tersepit di dalam kenderaan dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas.

“Seorang bayi perempuan pula ditemui orang awam berhampiran lokasi kejadian dan dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan ketika kemalangan berlaku,” kata jurucakap berkenaan.

Menurut jurucakap tersebut, semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Katanya, mayat kesemua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan siasatan berhubung punca kemalangan sedang dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img