Didakwa takut bertanding kawasan Melayu….ini jawapan Marina Ibrahim

AHLI  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai Marina Ibrahim meminta pihak tertentu supaya jangan menabur naratif mengelirukan kononnya beliau takut bertanding di kawasan Melayu.

Melalui hantaran dalam Facebook, wakil rakyat berusia 38 tahun itu menegaskan, sudah lama terlibat dalam gerak kerja politik di kawasan majoriti Melayu, termasuk di sejak tahun 2021.

Berikut hantaran penuh beliau yang sebelum ini mengumumkan akan bersara daripada politik:

Aku sebenarnya malas nak komen lagi isu politik. Tapi please jangan tabur naratif nak kelirukan orang. Ni last aku komen setelah banyak perkara.

“Marina Penakutt masuk kawasan Melayu” – 2021 aku dah masuk buat kerja di Layang-Layang . Masa tu dijangka aku akan bertanding di sana. Siap buka pusat komuniti. Masih tersergam papan tanda kalau korang ke Layang-Layang.

Marina Ibrahim bersama Datuk Onn Hafiz.

Seorang budak segar tiada pengalaman, mentah dalam politik. Dihantar buat kerja untuk lawan siapa masa tu? Dato Onn Hafiz. Siapa beliau masa tu ? Exco pelancongan belia dan sukan.

Kawasan kampung majoriti Melayu. Aku ok je bekerja dengan PA aku si Fauziah dan Mek Iti yang asalnya hanya sukarelawan kemasyarakatan yang aku jumpa masa kerjasama bawah kolong flat. Mereka berdua 0 (kosong) pengetahuan tentang politik.

Aku hanya diletakkan di Skudai last minit.

https://www.facebook.com/share/p/1LfDX1Eh1S/?mibextid=wwXIfr

“Hanya cara ni sahaja boleh kembangkan parti.” – 2022 pilihan raya umum, letakan calon di Mersing. Buat pertama kali calon masa tu bertanding di kawasan 76% Melayu. Pertama kali bertanding , tapi tak hilang deposit. Masa tu aku campaign manager di sana.

Kalau betul nak kembangkan parti di kawasan Melayu, dah lama selepas dari itu diletakan penyelaras. Akar umbi di sana suarakan isu ni berkali (kali). Dan sekarang mana penyelarasnya untuk kembangkan kerusi?

Takkan sampai aku nak cerita lagi macam mana aku dengan seorang kawan perempuan cina aku masuk berdua sahaja berjalan di Felda masa kempen edar flyers jumpa orang kampung. Aku seorang perempuan Melayu yang pernah berkempen dan diludah ke muka oleh seorang pakcik. Kau rasa aku kisah ke?

Ni bukan pasal menang tak menang. Gopalakrishnan dari PKR pun boleh menang di Tiram pada tahun 2018 walaupun dengan majoriti 1,500 lebih.

Keputusan aku tak ada kaitan dengan cerita konon merajuk ke, nak duduk tempat selesa ke. Mengarut.

Aku beritahu satu perkara ya, Kalau korang perhatikan setiap tulisan aku. Kenapa dari dulu aku cakap sukarelawan aku adalah tulang belakang?

Mereka lain bangsa, lain agama..tapi kenapa aku sangat hormati mereka bila nak ambil keputusan ni? Sebab mereka tahu sebab keputusan aku dan mereka berada dengan aku dalam semua keadaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img