Kes dakwaan cabul, rogol di bilik jenazah diserah kepada JAIM

POLIS menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut kes membabitkan dakwaan cabul dan rogol di bilik jenazah sebuah masjid di Melaka selepas siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu pada jam 9.12 pagi semalam daripada seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang mendakwa menjadi mangsa cabul dan rogol berulang kali oleh seorang lelaki berusia 48 tahun.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengambil keterangan daripada pihak berkaitan bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kesalahan jenayah.

“Hasil siasatan mendapati dakwaan berkaitan jenayah tersebut tidak berlaku.

“Keterangan yang diperoleh menunjukkan tiada sebarang elemen paksaan, sekali gus gagal membuktikan kewujudan unsur jenayah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dakwaan berhubung kejadian itu sebelum ini turut tular dan menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, katanya, kes berkenaan diserahkan kepada JAIM untuk tindakan lanjut mengikut Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img