70% produk isu berus bulu babi sudah ditarik balik

JABATAN Agama Islam Melaka (JAIM) mengesahkan kira-kira 70 peratus produk kopi dan biskut yang terpalit kontroversi penggunaan berus bulu babi telah ditarik keluar dari pasaran setakat 6 April lalu.

Tindakan itu melibatkan produk keluaran Heng Loong Coffee Sdn Bhd dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn Bhd selepas sijil halal kedua-dua syarikat ditarik balik susulan penemuan penggunaan berus dipercayai bulu babi dalam proses pembersihan peralatan.

Bahagian Pengurusan Halal JAIM berkata, hasil pemeriksaan di 33 pasar raya di Melaka mendapati produk terbabit sudah tidak lagi berada di rak jualan.

“Setakat ini, hasil pemantauan di semua premis terbabit mengesahkan tiada lagi produk berkenaan ditemui.

“Proses penarikan baki produk di peringkat seluruh negara dijangka selesai dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya masih menemui produk terbabit di pasaran, khususnya di luar Melaka.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Halal JAIM melalui talian 06-333 3333 sambungan 4055, 4056 atau 4060.

Terdahulu, analisis dijalankan Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) mengesahkan berus yang digunakan di premis terbabit mempunyai ciri fizikal bulu babi, sekali gus membawa kepada penarikan serta-merta sijil halal syarikat berkenaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img