4  anggota polis didakwa lakukan pemerasan wang RM10,000 terhadap jurujual

EMPAT anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM10,000 terhadap seorang jurujual, tiga tahun lepas.

Mohd Al Hafis Sairudin, 43, Mohd Azmi Mohd Ghozali, 40, Muhamad Azlan Zakaria, 39, dan Muhammad Hanif Abdul Talib, 30, didakwa secara bersama-sama sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Danny Goh Ngee Guan, 35, bahawa mangsa akan didenda minimum RM50,000 oleh pihak mahkamah.

Ini mendorong jurujual itu menyerahkan wang RM10,000 di sebuah apartmen di Jalan Kepong, Sentul pada 12 tengah hari, 23 Dis 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun peguam Ahmad Ikram Ab Halim yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan minima dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga dan memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin, berserta syarat tambahan melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta tidak menganggu saksi dan mangsa sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img