Saifuddin, Zaliha dilantik Naib Presiden PKR

DATUK Seri  Saifuddin Nasution Ismail dan  Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden PKR dalam usaha memperkukuhkan kepimpinan parti tersebut.

Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata pelantikan itu dibuat dalam mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan di Batu Pahat, Johor hari ini.

“Pelantikan ini bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Fahmi Fadzil bersama Datuk Seri Dr.Zaliha Mustafa.

Saifuddin yang merupakan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan manakala Dr. Zaliha adalah  Pengerusi PKR Johor. Sebelum ini Roland Engan turut dilantik sebaga Naib Presiden.

Selai itu terdapat empat Naib Presiden yang dipilih ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R.Ramanan, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Amiruddin Harun dan Chang Lih Kang.

Fahmi turut mengumumkan kongres nasional parti itu yang dijadualkan pada 26-28 Jun ditangguhkan ke 14-16 Ogos bagi beri ruang kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk bersiap sedia berdepan PRN yang bakal berlangsung.

Katanya, lokasi kongres itu kekal di Melaka International Trade Centre (MITC) di Ayer Keroh, Melaka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img