PRN platform tentukan hala tuju masa depan Johor – Fahmi

PRN Johor bukan sekadar medan persaingan politik, sebaliknya platform penting menentukan hala tuju masa depan negeri itu serta kesejahteraan rakyat.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Fahmi Fadzil berkata mesej itu jelas dizahirkan menerusi pelancaran jentera PH bagi PRN Johor di Batu Pahat malam tadi yang disaksikan lebih 5,000 jentera parti dan penduduk tempatan.

Beliau berkata semasa majlis itu Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pilihan raya tersebut bukan kehendak beliau, sebaliknya tumpuan utama mestilah kekal terarah kepada usaha dan gerak kerja untuk rakyat.

“Dalam semangat yang sama, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook turut menekankan bahawa pelaksanaan PRN Johor dan Negeri Sembilan secara serentak adalah penting demi memastikan kesinambungan serta kestabilan politik tanah air,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Mohamad Sabu pula mengingatkan semua pihak mengenai kepentingan keselarasan antara pentadbiran kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Johor mempunyai potensi yang sangat besar. Pembangunan yang dirancang mesti benar-benar membawa manfaat kepada rakyat terbanyak,” kata Fahmi.

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas bagi memberi laluan kepada PRN.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 12 Jun ini untuk membincangkan tarikh penting PRN Johor seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon serta hari pengundian.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img