PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang ini mengumumkan hubungan parti itu dengan Bersatu dihentikan.
Dalam satu kenyataan, Abdul Hadi berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini, telah membuat ketetapan seperti berikut:
- Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;
- Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;
iii. iv. Menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu;
Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan
- Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai Pas.


