Oleh Dato’ Dr Halim Tamuri
PAS Selangor memandang serius berita berkaitan kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia.
Umum mengetahui, Donald Trump selama ini menyokong penindasan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Atas rekod ini, Pas Selangor berpandangan bahawa kehadiran Trump ke Malaysia adalah:
- Tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.
- Satu penghinaan terhadap rakyat Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka.
- Mencalarkan imej Malaysia dan rakyat yang selama ini konsisten menyokong Palestin di pentas antarabangsa.
Sehubungan itu, Pas Selangor dengan tegas menyatakan:
- Menolak sebarang bentuk sambutan terhadap kedatangan Donald Trump ke Malaysia.
- Mendesak pihak Kerajaan Malaysia untuk tidak meraikan atau memberikan pengiktirafan kepada beliau.
- Menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, untuk terus istiqamah bersama perjuangan rakyat P@lestin dan tidak bersekongkol dengan mana-mana pihak yang bersekutu dengan Zionis Israel.
- Mendesak Kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan diplomatik tegas bagi memastikan keselamatan serta kepulangan semua rakyat Malaysia yang ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla, selaras dengan ketegasan Perdana Menteri bahawa Malaysia tidak akan berdiam diri terhadap tindakan zalim Israel.
Pas Selangor menegaskan bahawa Palestin adalah maruah umat Islam khususnya dan dunia amnya. Sebarang bentuk kerjasama atau meraikan tokoh yang terbukti bersubahat dengan penindasan Zionis adalah bercanggah dengan pendirian Malaysia selama ini.
- Dato’ Dr Halim Tamuri adalah Pesuruhjaya Pas Selangor Ahli Dewan Negeri Paya Jaras



