Buruh didakwa rogol remaja perempuan tiga hari berturut-turut

SEORANG buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas tiga pertuduhan merogol rakan perempuannya selama tiga hari berturut-turut kejadian dekat Bachok, minggu lalu.

Tertuduh, Nik Mohamad Azman Yaacob, 21, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun lima bulan ketika kejadian di dalam bilik tidur sebuah rumah dekat Bachok, jam 2 pagi pada 30 Mei, 31 Mei dan 1 Jun 2026.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Taufikrullah Rusli.

Terdahulu, Nur Kamilah mencadangkan jaminan yang tinggi dan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi serta mangsa.

Mohd Taufikrullah memohon jaminan yang munasabah dengan alasan tertuduh bekerja sebagai buruh dengan pendapatan tidak menentu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi dan mangsa serta perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img