Majlis Keselamatan Iran sahkan MoU bersama AS ditandatangani Jumaat ini

SEKTERIAT Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran (SNSC) mengesahkan bahawa Tehran dan Washington telah memuktamadkan teks memorandum persefahaman (MoU) mengenai penamatan perang, sekali gus menghentikan serta-merta dan secara kekal operasi ketenteraan di semua medan, termasuk di Lubnan.

Sekretariat SNSC dalam satu kenyataan berkata bahawa Republik Islam Iran, di bawah, arahan Ayatollah Seyed Mojtaba Khamenei, , telah berjaya menamatkan satu tempoh rundingan yang sukar dan intensif.

“Berdasarkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, teks memorandum persefahaman berhubung rundingan penamatan perang (Perbincangan Islamabad) antara Iran dan Amerika Syarikat telah dimuktamadkan pada petang 15 Jun.

“Di bawah persetujuan yang dicapai, perang dan operasi ketenteraan di semua medan, termasuk Lubnan, ditamatkan serta-merta dan secara kekal. Selain itu, sekatan laut terhadap Iran ditamatkan serta-merta dan sepenuhnya,” kata kenyataan secretariat tersebut, lapor Fars News Agency.

Amerika Syarikat dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada penghujung Februari.
Angkatan Bersenjata Iran bertindak balas dengan melaksanakan 100 gelombang serangan balas menerusi Operasi Janji Benar 4 (Operation True Promise 4), melancarkan ratusan peluru berpandu balistik dan hipersonik serta dron terhadap pangkalan tentera Amerika di seluruh Asia Barat dan kedudukan Israel di seluruh wilayah yang diduduki.

Pada awal April, selepas 40 hari peperangan, gencatan senjata yang diusahakan melalui pengantaraan Islamabad mula berkuat kuasa.

Sekretariat SNSC berkata, memorandum persefahaman itu akan ditandatangani secara rasmi pada hari Jumaat ini.

Menurut sekretariat itu, rundingan ke arah perjanjian muktamad akan ditangguhkan sehingga pihak satu lagi melaksanakan komitmen mereka di bawah memorandum tersebut.

Kenyataan itu turut merakamkan penghargaan kepada Pakistan dan Qatar atas usaha pengantaraan yang telah mereka lakukan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img