Warga emas maut digilis bas ketika melintas ke terminal

SEORANG lelaki warga emas maut selepas digilis sebuah bas ketika melintas jalan berhampiran laluan masuk Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jalan Masjid Abidin di Kuala Terengganu tengah hari tadi.

Mangsa, Mat Ghani Mamat, 77, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dalam nahas yang berlaku kira-kira jam 12.28 tengah hari itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan sedang membelok ke kanan untuk memasuki laluan terminal sebelum mangsa secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu bas berusia 66 tahun itu tidak sempat mengelak sebelum melanggar mangsa.

“Bas terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Besut menuju ke Terminal Bas MBKT, manakala mangsa pula datang dari arah sebuah kedai makan menuju ke terminal berkenaan,” katanya, lapor BH.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kejadian berlaku di jalan berselekoh dan bas terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, tambah Azli.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here