Pengundi dinasihatkan waspada manipulasi poster calon – Nie Ching

ORANG ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan taktik kotor serta penyebaran pembohongan membabitkan manipulasi poster bakal calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching mendakwa, terdapat pihak yang sengaja mengubah poster bakal calon dengan menjadikan gambar mereka seperti wanita bertudung dalam keadaan yang salah.

Beliau berkata, niat perbuatan itu bertujuan menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu daripada mengundi Pakatan Harapan (PH).

“DAP menghormati semua agama, dan kami faham dan sedar bahawa tudung sebagai sebahagian daripada pakaian Muslimah tidak boleh dipermainkan. Taktik kotor mengubah gambar poster ini ialah perbuatan keji yang perlu ditolak,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Nie Ching menyifatkan percubaan pihak lawan untuk memburukkan DAP dengan cara sedemikian bukan sahaja mencerminkan niat jahat mereka, tetapi juga menunjukkan sikap benci kepada wanita.

“Semoga pengundi semua kaum menolak perbuatan ini. Sama-sama kita memilih keharmonian, perpaduan dan keamanan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 27 Jun ini, manakala hari pengundian pula pada 11 Julai selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 1 Jun lalu.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan sebelum pembubaran, Barisan Nasional menguasai 40 kerusi diikuti PH 12, Perikatan Nasional tiga, manakala Muda satu kerusi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img