FAM tamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Jurulatih Harimau Malaya

PERSATUAN  Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan penamatan kontrak CEO pasukan kebangsaan, Robert Douglas Friend, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

FAM dalam kenyataan berkata, penamatan kontrak Friend dibuat atas persetujuan bersama.

Badan induk bola sepak negara turut memaklumkan kontrak Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, serta dua staf teknikal skuad senior, Matthew Smith dan Seiya Imazaki, juga ditamatkan atas persetujuan bersama berkuat kuasa 16 Jun lalu.

“FAM juga ingin memaklumkan kontrak Ketua Jurulatih Pasukan B-23 Kebangsaan, Nafuzi Zain, dan jurulatih penjaga gol, Mohd Yazid Mohd Yassin, turut ditamatkan atas persetujuan bersama berkuat kuasa 15 Jun 2026.

“FAM menghormati keputusan yang dibuat dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih atas segala jasa, komitmen dan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama pasukan kebangsaan,” katanya.

Menurut FAM, pihaknya sedang mengambil langkah sewajarnya bagi mengisi jawatan terbabit bagi memastikan hala tuju dan kesinambungan program pasukan kebangsaan tidak terjejas.

Katanya, sebarang perkembangan lanjut mengenai pasukan kebangsaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img