PM Anwar raikan diaspora Malaysia di Ashgabat

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap komuniti diaspora Malaysia di Ashgabat yang disifatkan sebagai duta tidak rasmi negara yang memainkan peranan penting dalam membina imej serta memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau berkata, meskipun berada jauh dari tanah air, semangat dan keakraban yang ditunjukkan rakyat Malaysia di Turkmenistan menggambarkan hubungan yang tetap utuh serta kecintaan terhadap negara.

“Alhamdulillah dapat meraikan diaspora Malaysia di Ashgabat. Meski jauh dari tanah air tercinta, semangat dan kehangatan keakraban mereka terasa seperti kita berkumpul di Kuala Lumpur.

“Mereka ini adalah duta tidak rasmi negara yang punyai nurani untuk mencipta reputasi dan imej negara, memperluas jaringan dan melonjak maruah negara ke hadapan,” katanya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut berkongsi komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh hubungan dengan rakyat Malaysia di luar negara supaya sentiasa kekal terhubung dengan tanah air.

Menurutnya, kerajaan mahu memastikan komuniti diaspora terus dihargai dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada nadi serta roh pembangunan negara.

“Saya juga menjelaskan matlamat kunjungan ke Ashgabat yang bukan hanya tertumpu kepada aspek perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi, tetapi juga usaha memperluas persahabatan antara negara, memperkukuh persefahaman serta membuka ruang kerjasama baharu yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya lagi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img