KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan ke selatan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
KTMB menerusi hantaran Facebook memaklumkan jualan tiket bermula 12 tengah hari ini melalui aplikasi KTMB Mobile, KITS Style, laman sesawang online.ktmb.com.my atau mesin kios tiket KTMB.
“Jom Balik Mengundi! ETS tambahan ke selatan sempena PRN untuk tarikh perjalanan dari 10 hingga 12 Julai,” menurut hantaran itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Johor pada 11 Julai.






