Remaja disamun, dirogol : Mangsa masih trauma, unit K9 dikerahkan kesan suspek

REMAJA perempuan yang didakwa disamun dan dirogol ketika berjoging di Palekbang, Tumpat, pada kelmarin kini dalam keadaan stabil namun masih trauma dengan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, remaja berusia 15 tahun terbabit kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.

“Mangsa dalam keadaan stabil tetapi masih trauma berikutan kejadian itu. Dia juga masih di bawah pemerhatian doktor di hospital,” katanya.

Mohd Khairi berkata, polis mempergiatkan usaha untuk mengesan suspek yang masih bebas.

Katanya, Unit K9 sudah digerakkan bagi membantu mengesan suspek dan pihak penyiasat sedang meneliti beberapa petunjuk.

“Kami masih mengesan suspek dan Unit K9 sedang membantu dalam usaha menjejaki serta mengesannya.

“Kami meminta sesiapa saja yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan untuk menghubungi polis dengan segera,” katanya.

Semalam, media melaporkan remaja perempuan yang ditemukan dalam kawasan semak selepas disamun dan dirogol di Palekbang, Tumpat, cedera akibat dipukul menggunakan sebatang kayu oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Mangsa dijumpai dalam keadaan separuh sedar dengan mengalami kecederaan di muka, kepala dan badan.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan samun.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img