Lelaki bawa dadah cuba lari diri rempuh kenderaan PGA di Pasir Mas

SEORANG lelaki ditahan selepas bertindak merempuh kenderaan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di Kampung Semuba Chetok, Pasir Mas, semalam.

Suspek berusia 28 tahun itu ditahan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan, kira-kira jam 6.30 petang.

Dalam satu kenyataan, Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, berikutan penahanan itu, sebanyak 53 pil yaba, sebiji pil epam, sebuah kereta Perodua Myvi, satu beg silang, telefon pintar dan wang tunai RM375 dirampas. Keseluruhan nilai rampasan RM32,015.

‘’Pada awalnya,  anggota Batalion 8 PGA mengesan sebuah kereta Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di Jalan Pasir Mas–Tanah Merah sebelum cuba menahannya.

“Pemandu bertindak memecut laju menghala ke Tanah Merah dan pasukan operasi mengejar suspek yang membelok masuk ke jalan Kampung Semuba Chetok, Pasir Mas. Tidak lama selepas itu, suspek merempuh kenderaan pasukan sebelum bertindak melarikan diri keluar dari kenderaan dan berlaku pergelutan sebelum berjaya ditangkap,” katanya hari ini.

Ahmad Radzi berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan 53 pil yaba dan sebiji pil epam bernilai RM540 di dalam beg silang yang dipakainya.

‘’Hasil soal siasat turut mendapati suspek mengaku memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki di Kampung Limbat dan merempuh kenderaan pasukan kerana terdesak untuk melarikan diri. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img