Dua bilik SK Parit Serong terbakar awal pagi

DUA bilik di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Serong, Tanjong Karang mengalami kerosakan selepas terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.50 tengah malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Karang tiba di lokasi pada jam 1.01 pagi.

Menurut beliau, operasi turut dibantu anggota dari BBP Kuala Selangor dan BBP Sungai Besar.

“Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan bangunan sekolah kelas A jenis binaan batu bata.

“Kebakaran sebenar melibatkan dua buah bilik iaitu bilik pentadbiran dan bilik unit sumber dengan anggaran keluasan 60 kaki x 25 kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada pili bomba dengan tiga aliran sepanjang 200 kaki serta tiga pancutan nozzle.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.13 pagi sebelum kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

“Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut dimaklumkan bagi tujuan pemotongan bekalan elektrik di lokasi,” katanya.

Menurut beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.56 pagi membabitkan seramai 13 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Water Tanker (WT).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img