Penghantar barang disambung reman kes duit RM10,000 hilang

SEORANG penghantar barang yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang tunai RM10,000 milik seorang wanita warga China disambung reman sehingga Selasa ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lanjutan reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, suspek ditahan susulan laporan polis berhubung kehilangan wang tunai yang didakwa disimpan dalam sebuah dompet milik mangsa.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan seorang wanita warga China mendakwa kehilangan dompet yang mengandungi wang tunai RM10,000 ketika berada di sebuah pasar raya di Semenyih.

Bagaimanapun, dompet tersebut kemudiannya dipulangkan oleh seorang lelaki sebelum timbul pertikaian apabila wanita berkenaan mendakwa wang tunai di dalam dompet itu telah hilang.

Dalam rakaman tular itu, lelaki terbabit menafikan mengambil wang berkenaan dan mendakwa hanya memulangkan dompet yang ditemuinya.

Susulan kejadian tersebut, polis menjalankan siasatan lanjut sebelum menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img