Pejuang dan Parti Wawasan Negara kini anggota komponen Perikatan Nasional

MESYUARAT Perikatan Nasional (PN) malam ini meluluskan permohonan dua parti  untuk menyertai gabungan tersebut iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), kata Pengerusi PN Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri Mokhtar.

Difahamkan PCM kini telah  dikenali sebagai Parti Wawasan Negara (WAWASAN) selepas diambil alih oleh Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin manakala Pejuang pula diterajui oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun dalam kenyataan media, Ahmad Samsuri tidak menyebut apa-apa berkaitan kedudukan parti Bersatu yang tidak lagi mempunyai kerjasama politik dengan Pas.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau memaklumkan , mesyuarat itu bersetuju untuk memuktamadkan agihan kerusi melalui Jawatankuasa Rundingan Kerusi dalam tempoh segera.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img