Gelandangan Myanmar ditemukan meninggal dunia di medan selera

SEORANG lelaki warga Myanmar yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditemukan meninggal dunia di sebuah medan selera Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.50 pagi.

Menurut beliau, si mati yang dipercayai seorang gelandangan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika terbaring di atas kerusi simen di medan selera D’ Rejang.

“Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pegawai penyiasat telah ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan tindakan lanjut.

“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan menyalurkan sebarang maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi membantu siasatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img