Longgokan tayar terbakar, api berjaya dipadam dalam 17 minit

KEBAKARAN melibatkan longgokan tayar berhampiran Masjid Jamiul Ehsan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh kira-kira 17 minit selepas pihak bomba tiba di lokasi, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 1.44 tengah hari sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan JBPM Kuala Lumpur, pasukan operasi digerakkan menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama enam anggota.

Komander Operasi, PBK I Shahrum Din berkata, sebaik tiba pada jam 1.53 tengah hari, pasukan mendapati kebakaran membabitkan longgokan tayar dengan anggaran keluasan sekitar 3 x 3 kaki persegi.

Beliau berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Operasi pemadaman berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.01 petang,” menurut kenyataan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img