296 notis dikeluarkan, 11 kenderaan ditunda halang lalu lintas

SEBANYAK 296 notis pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan selain 11 kenderaan ditunda menerusi Operasi Bersepadu Halang Siri 3/2026 yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam.

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan di sekitar Jalan Tun Sambanthan dan Jalan Sultan Azlan Shah dengan memberi tumpuan terhadap kenderaan dan pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas di kawasan pusat bandar.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan tindakan dilaksanakan hasil pemantauan bersama agensi penguat kuasa terhadap kesalahan seperti ingkar isyarat lalu lintas, menghalang jalan utama, meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki, laluan orang kurang upaya (OKU) serta lain-lain kesalahan am.

“Hasil daripada pemeriksaan, DBKL telah mengeluarkan sebanyak 80 notis kompaun dan menunda 11 buah kenderaan yang melakukan pelbagai jenis kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JSPT pula mengeluarkan 45 notis dan JPJ (160 notis) di atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan sepanjang operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan,” jelasnya.

DBKL memaklumkan operasi bersepadu seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang jalan raya terus dipertingkat.

Orang ramai juga disaran menyalurkan aduan atau maklumat kepada pihak berkuasa melalui saluran rasmi yang disediakan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img