Ambulans Laut Langkawi bakal beroperasi awal tahun depan – Amir Hamzah

PENDUDUK dan pelancong yang memerlukan rawatan kecemasan di hospital tanah besar bakal dipindahkan lebih pantas menerusi perkhidmatan ambulans laut yang dijangka mula beroperasi pada awal tahun depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, aset pengangkutan perubatan bernilai RM5.5 juta itu kini dalam pembinaan dan berada di peringkat akhir sebelum siap sepenuhnya.

Beliau berkata, ambulans laut itu dilengkapi pelbagai kelengkapan perubatan moden bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sewajarnya sepanjang perjalanan ke hospital di tanah besar.

“Ambulans laut ini mampu membawa dua pengusung pada satu-satu masa selain mempunyai 12 tempat duduk.

“Kita akan menyiapkannya dan memulakan operasi awal tahun depan bagi memberi manfaat kepada penduduk tempatan serta pelancong yang bercuti di Langkawi,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan menyerahkan pelbagai peralatan kepada Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi hari ini.

Menurutnya, peruntukan bagi pembelian aset itu termasuk kos operasi awal yang disalurkan Kementerian Kewangan menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Amir Hamzah yang juga Pengerusi Bersama Lada berkata, kewujudan ambulans laut turut melengkapkan projek pembesaran HSM yang kini memasuki fasa kedua dan dijangka siap pada Mac tahun depan.

Terdahulu, beliau menyerahkan pelbagai peralatan diagnostik dan makmal, teknologi maklumat, keselamatan digital serta fasiliti logistik dan kesiapsiagaan bernilai RM700,000 bagi kegunaan HSM.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img