14 maut nahas helikopter Saudi Aramco

KEMENTERIAN Tenaga Arab Saudi mengumumkan bahawa sebuah helikopter yang dikendalikan oleh Saudi Aramco terhempas di Ras Tanura pada Ahad, kira-kira 6 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Nahas itu mengorbankan kesemua 14 individu yang berada di dalam helikopter berkenaan dan kesemua mangsa merupakan warganegara Arab Saudi.

Pihak berkuasa berkaitan melancarkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca nahas.

Kementerian Tenaga merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, sambil mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan ke atas mereka serta menerima mereka sebagai syahid.

Ras Tanura yang terletak di pantai timur Arab Saudi di sepanjang Teluk merupakan antara hab utama penapisan dan eksport minyak kerajaan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img