Anggota polis direman lima hari disyaki terima rasuah RM2,000

SEORANG anggota polis direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit dalam kes dadah.

Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri di Mahkamah Majistret Gua Musang pagi tadi.

Suspek direman sehingga 16 November ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan kira-kira jam 4 petang semalam di sebuah restoran di Kelantan.

SPRM dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta wang rasuah sebanyak RM2,000 daripada individu terbabit dan dipercayai sudah menerima RM1,000 secara tunai.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Syamsul Osman mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here