Bilik penghawa dingin Kompleks PKNS terbakar

SEBUAH bilik penghawa dingin (AHU) di tingkat satu Kompleks PKNS Seksyen 14, Shah Alam, terbakar dalam kejadian petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.49 petang.

Katanya, sepasukan 11 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Anggaran kemusnahan adalah sekitar 70 peratus dan anggota bomba menjalankan kerja-kerja overhaul serta pengudaraan (ventilation) bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dan pemeriksaan di lokasi masih dijalankan ketika laporan dikeluarkan.

Katanya, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terbabit, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img