Polis buka siasatan kes lelaki kasari wanita di Metrocity

POLIS membuka kertas siasatan berhubung video tular yang memaparkan seorang lelaki dipercayai mengasari seorang wanita dalam kejadian di Metrocity, Kuching, yang dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua mereka.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 4 Julai lalu sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam pada 3 Julai lalu di ruangan legar sebuah bilik sewa di Metrocity.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Katanya, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Alexson turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Mancha di talian 019-595 8260 bagi membantu siasatan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img