Bapa maut, dua anak parah dalam perjalanan pulang makan malam

HASRAT seorang bapa membawa dua anak kecil menikmati makan malam bertukar tragedi apabila dia maut, manakala kedua-dua anak lelakinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Cicar, Kemaman, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa, Muhammad Zarol Che Aziz, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Dua anak lelakinya, Muhammad Nuh Zaim, 2, dan Muhammad Luth Ziyad, 6, yang membonceng motosikal turut mengalami kecederaan parah di kepala serta anggota badan.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediaman di Taman Rakyat Bestari, Kampung Bukit Kuang selepas menikmati makan malam bersama.

Siasatan awal polis mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pikap yang dipandu lelaki berusia 23 tahun.

Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu pikap berkenaan gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan motosikal sebelum menyeretnya sejauh kira-kira lima meter.

Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa bersama dua anaknya tercampak ke atas jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan, lapor Buletin TV3.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat, manakala kedua-dua kanak-kanak terbabit kini menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital sama.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img