PM gesa FELDA selesaikan segera isu perumahan generasi kedua,pemilikan tanah

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) melipatgandakan usaha menyelesaikan isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata isu berkenaan tidak boleh terus dibiarkan berlarutan dan mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga FELDA.

“Setiap permasalahan perlu diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas,” kata beliau.

Anwar berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh FELDA serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada para peneroka dan keluarga mereka.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img