Pekerja restoran makanan segera maut nahas dua kereta di Baling

SEORANG pekerja restoran makanan segera maut, manakala tiga lagi cedera selepas dua kereta bertembung di Bukit Kemangi, Jalan Baling-Grik, dekat Baling, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.14 pagi itu, mangsa yang maut adalah penumpang sebuah Proton Saga yang dinaiki tiga lelaki, manakala sebuah lagi kenderaan yang terbabit ialah Proton Waja dipandu seorang lelaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.14 pagi sebelum sepasukan 10 anggota dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, operasi menyelamat diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulhelmi Bahari yang tiba di lokasi tidak lama selepas menerima panggilan.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah Proton Saga dan Proton Waja.

“Proton Saga dinaiki tiga lelaki yang juga pekerja sebuah restoran makanan segera, manakala Proton Waja dipandu seorang lelaki,” katanya.

Menurutnya, seorang penumpang Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, pemandu Proton Waja pula didapati tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas dalam tempoh kira-kira 20 minit.

“Dua lagi mangsa termasuk pemandu Proton Saga turut mengalami kecederaan.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Baling menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans KKM untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Zulkhairi berkata, mayat mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini identiti semua mangsa masih belum dikenal pasti.

“Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer di kedua-dua arah walaupun berlaku pada awal pagi,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img