Kes tikam Banting: Polis mohon lanjut reman suspek esok

POLIS akan memohon lanjutan reman terhadap pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di Banting sebaik tempoh reman pertama berakhir esok bagi melengkapkan siasatan kes itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, permohonan reman kali kedua itu diperlukan bagi membolehkan pegawai penyiasat menyelesaikan siasatan terhadap suspek.

“Insya-Allah sejurus reman pertama berakhir esok, pihak polis akan memohon lanjutan reman kali kedua bagi melengkapkan siasatan terhadap suspek,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Mengulas jumlah sebenar tikaman yang dialami mangsa, beliau berkata, polis masih menunggu laporan rasmi daripada pakar perubatan sebelum mengesahkan perkara itu.

“Angka sebenarnya tidak dapat saya berikan kerana perkara itu memerlukan laporan daripada pakar perubatan yang lebih mengetahui jumlah tikaman tersebut,” katanya.

Sebelum ini, suspek direman selama empat hari selepas perintah dikeluarkan Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Isnin lalu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cedera selepas dipercayai ditikam menggunakan sebilah pisau ketika berada di kantin sebuah sekolah menengah di Banting.

Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini masih menerima rawatan di hospital.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img