JPJ sita kenderaan dipandu wanita Rohingya tanpa lesen

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menahan seorang wanita etnik Rohingya kerana memandu sebuah kereta jenis Proton Wira tanpa lesen yang sah di Sungai Petani, semalam.

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan dalam operasi pemandu warga asing (Op Pewa) yang dijalankan anggota dan pegawai penguat kuasa jabatan itu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita itu memandu tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah, selain kenderaan itu mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati pemilik kenderaan membenarkan kenderaan itu dipandu walaupun pemandunya tidak memiliki lesen yang sah dan juga warga asing.

“Susulan itu, kedua-duanya akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, manakala kereta Proton Wira berkenaan disita untuk siasatan lanjut, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stien berkata, JPJ Kedah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan setiap pemandu dan pemilik kenderaan mematuhi undang-undang demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja termasuk warga tempatan yang membenarkan warga asing menggunakan kenderaan mereka.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img