Remaja 18 tahun maut dalam kebakaran rumah

SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Astana, Bandar Sri Astana di Sungai Petani awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataannya berkata, bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 pada jam 4.51 pagi memaklumkan kebakaran yang membabitkan sebuah rumah.

SEORANG remaja lelaki 18 tahun ditemukan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Bandar Sri Astana, Sungai Petani, awal pagi ini. GAMBAR: JBPM Kedah

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mohd Zaki Senik, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani bersama bantuan BBP Aman Jaya digerakkan ke lokasi kejadian yang membabitkan 22 anggota.

Beliau berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 5.07 pagi dan mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas A satu tingkat.

Tambahnya, kebakaran melibatkan kira-kira 80 peratus struktur rumah dan dipercayai bermula dari bahagian hadapan rumah.

“Sebuah kereta Perodua Alza turut musnah 90 peratus serta empat buah motosikal dalam kebakaran itu, ” katanya.

Mohd Zaki berkata, pasukan penyelamat menemukan jasad mangsa lelaki berusia 18 tahun di ruang loteng rumah pada jam 5.23 pagi selepas api berjaya dipadamkan.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Dalam kejadian itu juga, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dengan satu pancutan serta salur bantu mula dan sumber air diperoleh daripada tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.41 pagi dan kerja-kerja overhaul masih dijalankan ketika laporan dikeluarkan,” katanya.

Mohd Zaki berkata, setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img