POLIS sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Apartmen Teratai, Taman Sutera di Kajang.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.21 tengah malam Khamis melibatkan kehilangan remaja itu, Fatimah Abdullah sejak jam 3.30 pagi Rabu.
“Remaja itu berketinggian kira-kira 150 sentimeter, berat 54 kilogram, berambut lurus serta berkulit putih.
“Lokasi terakhir remaja berkenaan dilihat adalah di Apartmen Teratai, Taman Sutera, Kajang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sehubungan itu, Naazron memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja berkenaan supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-8911 4222.
Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Faisal Hakim Tanzali di talian 011-3333 7701 bagi membantu siasatan.






