Kanak-kanak 11 tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah blok pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, di Kajang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.12 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mangsa terjatuh dari sebuah apartmen dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh Pegawai Perubatan yang hadir memberikan bantuan. Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Bagaimanapun, polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, masyarakat khususnya golongan ibu bapa yang menetap di kediaman tinggi diminta mempertingkatkan tahap keselamatan keluarga.

“Polis turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga sentiasa memastikan keselamatan anak-anak di kawasan kediaman bertingkat serta mengawasi pergerakan kanak-kanak di bawah pengawasan orang dewasa,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img