Polis buru wanita naik Bezza curi rantai dan cincin bernilai RM12,400

POLIS kini memburu seorang wanita yang disyaki melarikan barang kemas bernilai RM12,400 dari sebuah kedai emas di daerah Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner, Mohd Nasyim Bahron berkata, suspek yang dipercayai seorang wanita Melayu menyamar sebagai pelanggan.

Katanya, suspek telah melarikan seutas rantai emas seberat 19.75 gram dan sebentuk cincin (4.35g) selepas berpura-pura ingin mengambil telefon bagi melakukan pembayaran secara pindahan.

“Suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah Perodua Bezza hitam bernombor pendaftaran VWM5106 yang dipercayai palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img