Polis buru dua lelaki pukul pengkritik sukan di stesen minyak

POLIS sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai memukul seorang lelaki tempatan dalam kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.56 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an dikatakan sedang mengisi angin tayar kenderaannya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal Yamaha LC.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kedua-dua suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali sebelum merakam video kejadian dan melarikan diri dari lokasi.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami patah tulang pada bahagian mata selain beberapa kecederaan lain.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Danish Noor Azri di talian 013-6201412 bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img