Juruteknik pendingin hawa maut motosikal bertembung kereta

SEORANG juruteknik pendingin hawa maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Lebuh Utama, Bandar Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa lelaki tempatan berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan datang dari arah Jalan Suadamai, Bandar Tun Hussein Onn.

“Kereta itu kemudian memasuki persimpangan Lebuh Utama sebelum berlaku kemalangan dengan motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu kereta, seorang pesara lelaki tempatan berusia 67 tahun, tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan.Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dipenjara antara lima hingga 10 tahun dan didenda antara RM20,000 hingga RM50,000.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379 bagi membantu siasatan,’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img