Kontraktor rugi lebih RM500,000 terperdaya sindiket penipuan tawaran kerja sambilan

SEORANG kontraktor kerugian lebih RM500,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan sambilan tidak wujud yang menggunakan sebuah laman sesawang.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata lelaki berusia 52 tahun itu tertarik dengan tawaran kerja berkenaan yang menjanjikan keuntungan 15 peratus bagi setiap pembelian barangan melalui sistem dalam talian dikenali sebagai penjual gabungan.

“Bermula 20 Mac hingga 28 April lepas, mangsa telah membuat 22 transaksi berjumlah RM500,278 ke dalam 16 akaun bank tempatan dengan harapan memperoleh pulangan seperti dijanjikan.

“Bagaimanapun, apabila mangsa cuba mengeluarkan keuntungan berjumlah 138,500 USDT (Tether stablecoin cryptocurrency) yang dipaparkan dalam akaun laman sesawang berkenaan, akaunnya didapati telah disekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Tan berkata orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap sebarang tawaran kerja sambilan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img