Siapa pemilik wang RM112.6 juta,74 kilogram jongkong emas di rumah Febrie Adriansyah?

MISTERI  pemilik wang tunai berjumlah 500 bilion rupiah (kira-kira RM112.6 juta) serta 74 kilogram jongkong emas (bernilai RM34.8 juta)  yang ditemukan di kediaman dikaitkan dengan bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Khas di Pejabat Peguam Negara Indonesia, Febrie Adriansyah, masih belum terungkai apabila pihak berkuasa Indonesia belum mendedahkan hasil siasatan berhubung pemilikan aset berkenaan.

Sehingga kini, Polis  Metro Jaya dan Jabatan Jenayah Komersial Polis Republik Indonesia yang mengetuai siasatan awal masih belum mengumumkan dapatan sementara berhubung wang tunai dan jongkong emas itu.

 Jabatan Peguam Negara yang kini mengambil alih pengendalian kes turut belum memberikan penjelasan rasmi mengenai pemilik aset berkenaan.

Ketua Pusat Penerangan dan Undang-Undang jabatan itu, Anang Supriatna, berkata pihaknya masih belum menerima maklumat mengenai pemilik sebenar wang tunai dan jongkong emas yang ditemukan di kediaman Febrie di Sentul City, Bogor, Jawa Barat.

“Kami masih belum mengetahuinya. Kami tidak tahu aset-aset itu milik siapa,” katanya kepada media pada Isnin.

Mengulas dakwaan bahawa aset berkenaan merupakan dana operasi Pasukan Petugas Penertiban Kawasan Hutan (Satgas PKH), Anang berkata pihaknya belum mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu.

“Kami baru mendengar perkara itu. Kami belum tahu. Tiada maklumat mengenai perkara tersebut,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img