Penunggang motosikal maut dirempuh selepas terbabas

SEORANG penunggang motosikal maut selepas dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kanan dan dirempuh sebuah Perodua Viva di Jalan Sungai Buloh-Kepong, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ketika sebuah Perodua Viva dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an dalam perjalanan dari Kepong menghala ke Damansara.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak selepas penunggang motosikal terbabit tiba-tiba hilang kawalan, terbabas ke lorong kanan dan terjatuh di hadapan kenderaannya.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis mengesan rakaman video kemalangan itu yang tular di media sosial kira-kira jam 9.45 pagi tadi sebelum siasatan lanjut dijalankan.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sivam Muniandy di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi talian 03-79662222 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Shamsudin turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img