Parti Wawasan Negara sah sertai PN

PERIKATAN Nasional (PN) memaklumkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan permohonan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai lalu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, berikutan kelulusan itu, Parti Wawasan Negara secara sah menjadi parti anggota PN menggunakan nama baharu berkuat kuasa pada tarikh sama.

Beliau berkata, pengiktirafan itu dibuat selaras dengan Fasal 6.5 Perlembagaan Perikatan Nasional.

“Perikatan Nasional menerima pemakluman bahawa ROS telah meluluskan permohonan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai 2026.

“Sehubungan itu, Parti Wawasan Negara secara sah menjadi parti anggota Perikatan Nasional atas nama baharu berkuat kuasa pada tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img