Manifesto PN untuk PRN Johor akan diumumkan dalam masa terdekat – Takiyuddin

PERIKATAN Nasional (PN) dijangka mengumumkan manifesto kepada rakyat Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri berkenaan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jumlah tawaran yang akan ditawarkan nanti dalam manifesto berkenaan bagaimanapun belum diputuskan.

DATUK Seri Takiyuddin Hassan

“Saya tidak bertanggungjawab secara langsung dalam penyediaan manifesto itu kerana urusan berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pilihan Raya parti.

“Manifesto akan diumumkan dalam tempoh terdekat. Ada kejutan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu, di Kota Bharu malam tadi.

Sebanyak 56 kerusi menjadi rebutan pada PRN itu dengan 14 daripadanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 27 kerusi saingan tiga penjuru, 12 kawasan empat penjuru dan tiga kawasan saingan lima penjuru.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img