Bekas pemain kebangsaan, Rosle Md Derus meninggal dunia

BEKAS pemain kebangsaan, Rosle Md Derus atau dikenali sebagai Coach Olie meninggal dunia pada usia 48 tahun hari ini.

Perkhabaran pemergian Allahyarham disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran dalam media sosial.

“Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin,” menurut hantaran itu.

Menurut FAM, Allahyarham pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dalam saingan Piala Dunia Remaja FIFA 1997 serta Kelayakan Sukan Olimpik 2000.

Sepanjang karier sebagai pemain, Rosle turut mewakili beberapa pasukan termasuk Perlis, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Selepas bersara sebagai pemain, Allahyarham meneruskan sumbangan dalam bidang kejurulatihan dengan pernah menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Felcra FC, penolong ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC B-23 serta Pengarah Teknikal Penang FC.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img