Remaja dipercayai keldai dadah, ditahan di Hong Kong

SEORANG remaja lelaki warga Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong bersama tiga kilogram bunga ganja bernilai kira-kira RM260,000 dipercayai menjadi mangsa sindiket yang merekrutnya sebagai keldai dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan remaja berusia 19 tahun itu disahkan pihak berkuasa Hong Kong selepas Kastam Hong Kong menemukan dadah berkenaan dalam bagasi berdaftarnya.

Menurutnya, suspek yang berasal dari Sarawak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dari Kuala Lumpur menerusi Singapura pada 9 Julai lalu.

“Lelaki berusia 19 tahun itu berasal dari Sarawak dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 9 Julai lalu.

“Hasil semakan mendapati suspek tiada rekod kesalahan lampau di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati remaja terbabit dipercayai direkrut sindiket untuk membawa dadah berkenaan.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong bersama tiga kilogram bunga ganja yang dianggarkan bernilai kira-kira HK$500,000 (RM260,000), minggu lalu.

Kastam Hong Kong dipetik sebagai berkata, dadah berkenaan ditemukan dalam bagasi berdaftar suspek ketika pemeriksaan dijalankan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img